Banjir besar yang melanda daerah Lipis memusnahkan banyak harta benda, namun dengan kuasa Allah senaskah Al-Quran ditemui selamat dan tidak terjejas.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, Al-Quran yang hanyut bersama sebuah meja ditemukannya dalam keadaan elok dan sempurna.
Advertisement
"Ketika dalam perjalanan menaiki bot saya ternampak senaskah Al-Quran di dalam pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Setiawangsa di atas sebuah meja yang hanyut.
"Saya bergegas mengambilnya dan ternyata Allah menjaga Al-Quran berkenaan yang masih elok dan boleh dibaca,"katanya di sini hari ini.
Menurut Shahrul Nizam, Al-Quran berkenaan disimpan oleh pihaknya dan berada dalam keadaan baik.
Sumber: Instagram jentikhati