Seorang pelanggan butik mewah telah mengajar salah seorang pekerja butik tersebut cara untuk melayan tetamu. Kejadian ini terjadi tatkala pelayan butik itu melayaninya acuh tidak acuh memandangkan dia dan kawannya hanya berkawan biasa.
Berdasarkan komen yang ditinggalkan pada video tersebut, dikatakan dia datang ke butik tersebut untuk membuat tanda nama pada beg yang baru sahaja dibelinya beberapa hari yang lepas. Namun, pelayan tersebut enggan menuruti kehendaknya.
Advertisement
Hasilnya, dia meminta gunting dari kedai tersebut dan terus menggunting beg yang baru dibelinya.
Pengajaran yang dapat diambil dari video ini adalah janganlah kita melayan seseorang berdasarkan pakaian dan luaran. Kerana tak semua orang kaya itu suka dressing keterlaluan dan menunjuk-nunjuk.
🙏🏽“Hangpa nak tau apa yang sedang aku perhatikan?? Sebenaqnya aku tak sedaq pun, yang aku ni sedang di layani macam @#%@!!, tapi Sahabat aku ni tiba tiba ‘stand up’, last last aku sedaq, memang champions lah Sahabat aku ni, bila dia kata ‘ni bab maruah Pat!!’ Aku tak suka orang layan kita macam pelaq! Kita baik dengan depa, depa tetap jugak dok ukoq kita kot luaq!!!” 🙏🏽woOW!!🙏🏽😘
Posted by Ismail Ariffin Lepat on Monday, 25 February 2019
Sumber: Facebook Ismail Ariffin Lepat