Skip to main content

Advertisement

Berita

Ais Krim Mayonis? Agak-Agak Rasa Macam MAna?

Kredit gambar utama: ICE Artisan Ice Cream/Instagram

Dah selalu sangat bercakap tentang aiskrim durian, coklat dan vanila apa kata kali ni anda tukar pula kepada aiskrim mayonis. Bunyi pelik tapi aiskrim mayonis antara yang IN tahun ni.

Advertisement

Iya, mayonis bukan sekadar disapu pada burger atau sandwich tetapi anda dah boleh nikmati mayonis dalam bentuk aiskrim, dijual oleh ICE Artisan Ice Cream di Falkirk, Scotland.

Melalui satu post di Instagram kedai ini, ramai yang mula meninggalkan komen pelbagai. Ada yang teruja nak cuba, ada pula yang sifatkan aiskrim ni pelik dan mereka tak sanggup nak cuba.

Macam mana pula dengan anda? Ok ke tak, nak makan ais krim ni?

Kredit: ICE Artisan Ice Cream/Instagram & Huffington Post

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda