
Advertisement
Tatkala menyebut ahli kumpulang gangster, pasti kita akan teringat seseorang yang ganas, berhati keras dan kejam.
Namun, seandainya Allah memberi hidayah, pasti semua perkara tersebut akan hilang biarpun dia manusia yang paling ‘keras’ di dunia.
Seorang ahli kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Chee Yin Wei tidak menyangka, pertemuannya dengan seorang lelaki bernama ‘Adam’ bakal mengubah hidupnya.
Tatkala hidupnya dalam keadaan terumbang ambing, dia mengambil keputusan untuk masuk ke perkarangan masjid biarpun ketika itu dia masih belum seorang Muslim. Apabila dia masuk ke kawasan masjid, dia telah bertemu dengan lelaki tersebut.
"Saya berasa sangat tertekan disebabkan masalah rumah tangga, masalah hutang dan masalah gengsterisme saya sehinggakan saya telah masuk ke perkarangan masjid itu sebelum tanpa dijangka bertemu dengan Adam.
"Saya kemudian menceritakan masalah saya kepada Adam dan selepas itu dia pelawa saya ikut solat Asar pada waktu itu dan walau pun saya bukan Muslim saya setuju dan dia ajar saya berwuduk dan minta ikut pergerakan solat sahaja," katanya.
Dia juga bercerita tatkala dia menyempurnakan solat, hatinya berasa sangat tenang. Jiwanya juga berasa sangat sebak terutama sekali ketika bersujud kerana teringat akan perbuatan dan doa yang pernah dilakukannya.
Selepas itu, dia bertekad untuk mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam. Dua minggu kemudian, dia mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam. Kini, dia dikenali dengan nama Abdul Rahman Abdullah.
"Pada 7 Ogos tahun lepas saya pergi menemui seorang imam di sebuah masjid di Jalan Pegawai, di sini dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ahli jawatankuasa masjid itu, Alhamdulillah saya bersyukur dipilih terima hidayah tidak ternilai ini," ujar Abdul Rahman.
Sumber: Astro Awani