Pernah anda terfikir bagaimana lelaki bertatu atau lelaki mahupun khunsa yang mempunyai buah dada seperti wanita mengenakan ihram?
Mungkin persoalan ini sering bermain di fikiran tetapi jarang dibangkitkan.
Advertisement
Baru-baru ini Pelakon Adam Corrie Lee telah berkongsi cara memakai ihram untuk orang bertatu dan khunsa menerusi satu foto di akaun Instagramnya. Menurut Adam Corrie, dia berkongsi perkara tersebut selepas ramai yang bertanyakan soalan itu kepadanya. Dia turut memaklumkan dirinya bukan ahli ulama atau ustaz tetapi sorang cina muslim yang ingin berkongsi pengetahuan.