Skip to main content

Advertisement

Berita

Bincang Gaji Sesama Rakan Sekerja Dibenarkan Atau Tidak?

Meskipun isu ini semakin rancak dipertengahkan di media sosial, masih ada yang ragu-ragu sama ada ia dibenarkan atau tidak. 

Bagi menjawab persoalan ini, kita rujuk kembali kepada undang-undang Malaysia tetapi, ini tidak bermakna anda boleh sesuka hati untuk berbincang dan mendedahkan gaji anda. Perkara ini dapat dikukuhkan dengan satu perkara iaitu polisi syarikat. 

Advertisement

bincang gaji sesama rakan sekerja dibenarkan atau tidak?

Walaupun tidak ada undang-undang Malaysia yang melarang, tetapi sekiranya polisi syarikat menekankan bahawa pekerja tidak dibenarkan untuk mendedahkan gaji, lebih baik anda patuhinya.

Walaupun anda merasakan perbualan santai antara rakan sekerja yang dilakukan semasa waktu makan tengahari, kesan negatif daripada perbualan itu tidak ada siapa yang tahu.

Namun, ada baiknya jika perbualan sebegini diadakan sesama pekerja. Ia boleh menghalang daripada diri kita sendiri mahupun rakan sekerja menerima gaji yang tidak setimpal atau secara kasarnya ketidakadilan. Dalam situasi lain, sekiranya rakan sekerja mengetahui bahawa gaji yang kita dapat lebih tinggi daripada mereka, layanan dan hubungan menjadi semakin renggang akibat iri hati.

Bukan mahu berburuk sangka, tetapi isi hati manusia tidak dapat dibaca. Walaupun kelihatan baik di hadapan kita, boleh jadi dia sebenarnya dengki dan mempunyai niat yang tidak baik jauh di sudut hatinya. Tidak dapat dinafikan, perbincangan gaji sesama pekerja akan menguntungkan kerana gaji yang tidak setimpal dapat dirunding semula. Tetapi, perkara ini akan merugikan majikan dan syarikat. 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda