Memetik artikel Sinar Harian, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha berharap pihak Kerajaan dapat bekerjasama dengan China dalam misi menghantar angkasawan kedua negara pada 2030.
"Setakat ini kita sudah ada 500 manusia yang pergi ke angkasa lepas, 34 negara telah hantar angkasawan mereka tapi 26 daripadanya hanya menghantar seorang angkasawan sebab masalah kos”.
Advertisement
Sementara itu Datuk Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi beberapa entri tentang pengalamannya di angkasa, 11 tahun lalu dalam misi mencari penawar pelbagai penyakit termasuk kanser.
Menarikkan? Hanya mereka yang benar-benar fit sahaja layak untuk bergelar angkasawan ni kan? Iyalah, latihan yang dilakukan memang menguji kekuatan mental dan fizikal.