
Selepas lebih setahun Unit Hal ehwal Agama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ditubuhkan, terdapat ramai mereka yang berkelulusan agama memilih untuk menjadi ahli bomba.
Advertisement
Salah seorangnya Luqman Rali, 30, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar Mesir dan juga seorang tahfiz Alquran.
Luqman memasuki maahad tahfiz pada usia 13 tahun. Selepas 4 tahun, beliau berpindah ke Maktab Mahmud, Langkawi untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil tinggi agama Malaysia (STAM).
Luqman sememangnya bercita-cita untuk menjadi ahli bomba. Jadi, usai sahaja tamat pengajian, Luqman mengisi permohonan Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Sumber: Sinar Harian