
Laporan daripada Kementerian Kesihatan Palestin ; Sembilan Orang terbunuh dan beberapa orang awam palestin terkorban akibat serangan Israel di kawasan al-Mawasi di Rafah, Gaza
Advertisement
Ketika serangan, kereta kebal Israel yang disokong oleh pesawat pejuang dan dron dilihat memasuki bahagian barat bandar Rafah di Semenanjung Gaza.
Kini selepas kira-kira lapan bulan peperangan berlangsung, tidak ada tanda-tanda serangan Israel akan berhenti.
Ia sekali gus memperlihatkan usaha pengantara antarabangsa yang disokong oleh Amerika Syarikat setakat ini gagal memujuk Israel bersetuju dengan gencatan senjata.
Serangan setakat ini telah menyebabkan kemusnahan di Gaza dan membunuh lebih 37,400 orang.