Skip to main content

Advertisement

Berita

Surah Maryam Dibaca Bersahaja, Kanak-Kanak 9 Tahun Raih Perhatian Netizen

surah maryam dibaca bersahaja, kanak-kanak 9 tahun raih perhatian netizen

Foto: Tiktok

Advertisement

Sejuk perut ibu mengandung, itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan apabila melihat sebuah video yang tular di Tiktok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di Tiktok @ninamohdfauzi, dia yang sedang sibuk memasak terdengar suara alunan mengaji yang disangkakan daripada telefon bimbit.

Namun, apabila diekori punca suara itu, ternyata ia merupakan alunan surah Maryam yang dibaca oleh anak perempuannya.

Anak perempuannya yang berusia 9 tahun itu sedang membaca surah tersebut secara santai sambil mengulangkaji pelajaran.

Rata-rata netizen cukup kagum dengan gaya bersahaja anak itu, di samping bacaan yang jelas dan mengikut hukum tajwid yang betul. 

Ruangan komen dibanjiri dengan tips mendidik anak menghafal al-quran dan ucapan tahniah kepada ibu bapa kerana mendidik anak sepintar itu. 


surah maryam dibaca bersahaja, kanak-kanak 9 tahun raih perhatian netizen

Foto: Tiktok

“ulang byk kali pun..x puas dengar...subhanaAllah..moga sentiasa menjadi penyejuk hati ibu ayah...Aamiin3”

Sumber: Tiktok

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda