Para penyelidik menyiasat kaitan antara skor tidur asas dan perubahan dari semasa ke semasa dalam skor tidur serta kejadian penyakit kardiovaskular.
Kajian terbaharu ini melibatkan 7,200 peserta terdiri daripada lelaki dan wanita berumur 50 hingga 75 tahun yang bebas daripada penyakit kardiovaskular.
Advertisement
Peserta menjalani pemeriksaan fizikal, melengkapkan soal selidik mengenai gaya hidup, sejarah perubatan peribadi dan keluarga serta keadaan kesihatan.
Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai lima tabiat tidur pada peringkat awal. Setiap faktor diberi satu mata.
Perkiraan skor tidur bermula kosong hingga lima. Mereka yang mempunyai skor mata optimum mempunyai durasi tidur selama tujuh hingga lapan jam setiap malam.
Selain itu, peserta yang tidur optimum tidak pernah atau jarang mengalami insomnia, tidak mengantuk berlebihan siang hari dan menjadi orang yang bangun pagi.
Para penyelidik menganalisis perkaitan antara skor tidur dan kejadian kardiovaskular selepas menyesuaikan diri dengan umur, jantina, penggunaan alkohol, pekerjaan, merokok, indeks jisim badan, aktiviti fizikal, tahap kolesterol, diabetes dan sejarah keluarga serangan jantung, strok atau kematian mengejut.
Mereka yang mempunyai skor lima mata mempunyai risiko penyakit jantung atau strok sebanyak 75 peratus (%) lebih rendah.
Menerusi dapatan kajian itu, penyelidik menganggarkan penyakit strok dan jantung koronori dapat dicegah dengan tidur yang lebih sihat.