Skip to main content

Advertisement

Berita

7 Tempat Menarik Di Musim Cuti Sekolah

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

Tempat-tempat menarik sesuai di bawa di musim cuti sekolah

Advertisement

Kidzania sudah pergi. Petrosains mungkin sudah 2-3 kali pergi. Anak mungkin sudah bosan dengan Aquaria juga. Pusat Sains Negara, ada yang sudah hafal apa yang dipamerkan. Zoo Negara juga sudah tidak memberikan keseronokan pada anak-anak. Sunway Lagoon juga sudah biasa sangat.

Ingat, kanak-kanak mahukan aktiviti. Aktiviti yang aktif, yang menggunakan fizikal dan otak. Bukan duduk rehat bersahaja.

Kalau mahu duduk rehat bersahaja, itu ibu-bapa yang mahu. Usah bawah anak kita berehat, dia akan mengamuk dan tarik muka. Cuti sekolah, pasti akan wujud konflik sebegini.

Kami cadangkan tempat yang ibu-bapa boleh bawa anak untuk bermain sepuasnya:

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

1.BREAKOUT REAL ESCAPE

Pernah dengar tentang Breakout? Pernah dengar ‘Role Playing Games’? Terletak di Avenue K, berhadapan dengan KLCC, Breakout ialah satu tempat yang membolehkan anak kita main ‘Escape Games’. Bukan main permainan lari-lari yang kita main di kampung. Ia permainan yang menguji minda anak-anak. Anak-anak (dan ibu-bapa) mesti mencari jawapan pada soalan yang diberikan.

Kami pasti anak anda akan mendapat kepuasan maksimum. Tentu sekali pengalaman yang luar biasa.

Web: breakout.com.my

Facebook: facebook.com/breakout.com.my

 

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

2.CAMP5

Anak tidak mahu duduk diam? Apa kata suruh dia panjat-panjat? Pergi ke Climb5 di One Utama dimana ada aktiviti indoor rock-climbing. Siap ada air-cond lagi! Boleh pilih routemana yang kita mahu.

Sambil anak memanjat, ibu-bapa boleh pergi shopping atau minum kopi sebentar!.

Web: camp5.com

Facebook: facebook.com/camp5climbinggym

Web: camp5.com

Facebook: facebook.com/camp5climbinggym

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

3.DINOSCOVERY

Untuk anak yang minat dinosaur, boleh belajar macam-macam di sini. Dinoscovery ialah taman tema dalaman dinosaur. Apa yang menarik, semuanya dalam bentuk yang interaktif. Dinosaur nampak sangat-sangat real. Siap boleh berlumba dengan dinosaur!

Walaupun tempatnya kecil, rasa macam tidak cukup masa pula bila sudah seronok dengan aktiviti yang disediakan.

Web: discoveria.com.my

Facebook: facebook.com/discoveria.kl

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

  1. AVIAX & SIMFLIGHTKL

Teringin rasa bawa kapal terbang Boeing 737 atau Airbus A320 sendiri walaupun tanpa lesen? Jadi pilot satu hari di Aviax.

Yang ini, pasti anak anda akan teruja. Instructor akan bantu kita mengendalikan flight simulator ini. Boleh rasai pengalaman yang jarang-jarang kita dapat. Mana tahu, pengalaman ini akan menyuntik semangat anak kita jadi pilot satu hari nanti?

Aviax dan SimflightKL ialah dua tempat yang berbeza, tetapi tidak begitu jauh. Rancang dan pilih lokasi yang berdekatan dengan rumah

Aviax

Web: aviax.my

Facebook: facebook.com/aviationexperience

SimflightKL

Web: simflightkl.com

Facebook: facebook.com/simflightkl

 

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

  1. FOREST RESEARCH INSITUTE OF MALAYSIA (FRIM)

Bila sampai ke dalam kawasan FRIM, tarik nafas dalam-dalam. Terasa udara yang sungguh segar. Aktiviti penting di sini ialah Canopy Walkway. Ya, Canopy Walkway bukan hanya ada di Taman Negara Pahang. Ia juga ada di Kuala Lumpur.

Bagi orang Selayang dan Kepong yang selalu lalu jalan ini tiap-tiap hari, mungkin tempat ini tiada apa-apa. Berbeza dengan pelancong luar, FRIM adalah tempat idaman mereka. Kami pasti, anak anda juga bersemangat seperti pelancong luar ini.

Web: frim.gov.my

Facebook: facebook.com/frimkepong

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

6.FARM IN THE CITY

 

Bila masuk, bagaikan seperti di kawasan kampung. Konsep unik Farm In The City ini ialah kerana ia gabungan hidupan liar dan alam sekitar yang akan buatkan anak tidak mahu balik. Boleh pegang-pegang binatang dan beri makanan pada arnab, kambing, ikan, rusa, burung dan itik. Ada orang kata, haiwan di sini nampak sangat sihat dan gembira!

Ada juga kebun sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita boleh rasai pengalaman bercucuk-tanam. Satu hari bagaikan tidak cukup di sini. Bila bawa ke sini, harap-harap dapat suntik minat anak jadi petani moden yang berjaya!.

Facebook: facebook.com/farminthecitymalaysia

7 tempat menarik di musim cuti sekolah

7. DENAI ALAM RIDING & RECREATION CLUB (DARC)

Ramai yang teringin ajar anak berenang, memanah dan menunggang kuda. Berenang, pasti banyak fasiliti yang ada. Jika di Shah Alam, boleh hantar ke Pusat Akuatik.

Bagaimana dengan memanah dan menunggang kuda? Boleh datang ke DARC, Shah Alam. Bukan setakat pengalaman menunggang kuda sahaja, ibu-bapa boleh masukkan anak untuk enroll kelas menunggang kuda. Di DARC juga, ada kelas untuk belajar memanah.

Web: darc.com.my

Facebook: facebook.com/darc.malaysia

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda