Skip to main content

Advertisement

Berita

7 Perkara Yang Boleh Dilakukan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Bermula daripada 18 Mac sehinggalah 31 mac, Perintah kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

7 perkara yang boleh dilakukan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan
Sekadar perkongsian, ini merupakan masa yang paling sesuai untuk kita dekatkan diri dengan Pencipta. Anggaplah ini peluang keemasan untuk beribadah atau menggantikan puasa memandangkan bulan Ramadhan pun sudah menghampiri kita.

Advertisement

1. Ganti puasa

Memandangkan Ramadhan bakal menjelma, boleh la kita ganti puasa yang pernah tinggal tahun yang sebelumnya.

2. Qadha solat

Jika ada solat yang anda pernah tertinggal, mungkin waktu inilah paling sesuai untuk menggantikan semula solat tersebut.

3. Baca Al-Quran

Dengan kesibukkan duniawi, kerjaya dan keluarga, ada hari yang kita kena jadualkan untuk membaca Al-Quran. Dengan masa yang ada sekarang ini, anda boleh baca Al-Quran sehingga khatam mungkin.

4.Tadabbur Al-Quran

Target surah yang Panjang seperti Al-Baqarah, jika sudah selesai boleh teruskan dengan surah-surah lain yang utama seperti Al-Kahfi, Al-A’raf, Al-Imran dan lain-lain.

5. Menunaikan solat sunat

Inilah waktu untuk menunaikan solat sunat seperti solat dhuha, sekurang-kurangnya dua rakaat.

6. Solat berjemaah bersama keluarga

Pada hari biasa, mungkin ibu bapa dan anak-anak tidak dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama. Tetapi dengan masa yang ada anda mempunyai peluang untuk melakukan solat berjemaah bersama-sama. Dengan ini anda boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

7. Amalkan zikrullah

  • La Ilaha Illallah (100 kali)
  • Istighfar (100 kali)
  • Selawat ke atas Nabi (100 kali)
  • Subhanallah wa buhamdihi (100 kali)
  • Subhanallahal azim (100 kali)

Jadi ambil peluang untuk dekatkan diri dengan Allah, mengeratkan lagi hubungan dengan Yang Maha Esa dan mencari keredhaanNya. Inilah masa untuk kita bertaqarrub dan bermuhasabah diri.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Remaja

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda