Skip to main content

Advertisement

Berita

3 Benda Yang Anda WAJIB Buat Sebelum Pulang Ke Kampung Jika Nak Balik Dengan Tenang

3 benda yang anda wajib buat sebelum pulang ke kampung jika nak balik dengan tenang

Nampaknya semua orang dah teruja nak celebrate Aidilfitri. Dijangkakan malam ini jumlah kenderaan di atas jalan raya akan mula bertambah.

Advertisement

Tapi, dalam keterujaan nak sambul aidilfitri tu, jangan lupa beberapa perkara. Ini 3 benda yang wajib anda lakukan sebelum pulang ke kampung:

1. Servis Kereta Anda Sebelum Memulakan Perjalanan

Tak kisahlah perjalanan jauh atau dekat, sekejap atau lama atau kereta baru atau kereta lama, pastikan anda servis kereta anda. Periksa bateri, tekanan angin tayar dan lain-lain. Jangan ambil mudah sebab malang tidak berbau.

2. Rehat Yang Secukupnya

Untuk mereka yang memandu jarak jauh, pastikan anda rehat dengan cukup. Tidur dengan cukup dan jangan sesekali memandu ketika sedang mengantuk. Ingatlah mereka yang sedang menanti anda di rumah.

3. Periksa Rumah Anda Secukupnya Sebelum Memulakan Perjalanan

Musim cuti ni pasti anda akan tinggalkan rumah lebih dari dua hari. Jadi, periksa elektrik rumah anda, pastikan semua soket dicabut dan ditutup. Tutup semua suis elektrik dengan sempurna.

Oleh: Azwar Kamaruzaman

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda