Skip to main content

Advertisement

Berita

3 Tip Dalam Pekerjaan dan Kehidupan Yang Seimbang

Dalam kehidupan seharian untuk kita jalani, pekerjaan adalah satu kewajipan untuk kita mendapatkan wang dan keseimbangan dalam kehidupan. Namun ianya membuatkan segelintir manusia yang tidak mendapat keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan, Jadi, ini adalah beberapa tips untuk mencapai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.

Cari pekerjaan yang anda suka

Advertisement

Walaupun kerja adalah norma dalam masyarakat, tetapi kerjaya anda tidak seharusnya mengekang. Sekiranya melakukan pekerjaan yang tidak disukai akan membuatkan anda tidak gembira dan produktif.

Anda tidak perlu menyukai setiap aspek pekerjaan, tetapi ia seharusnya mengujakan sehingga tidak takut untuk bangun dari katil setiap pagi.

Justeru, kita akan 'enjoy' dengan pekerjaan dan kurang stress dalam bekerja.

3 tip dalam pekerjaan dan kehidupan yang seimbang

Jangan takut untuk berehat seketika

'Take a break' itu satu terma yang tepat untuk kita semua yang ingin mencapai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Ramai manusia yang terlalu fokus dengan pekerjaan sehingga tiada masa untuk berehatkan otak seketika. Jadi, tenang sementara dan teruskan kehidupan.

Tetapkan sempadan waktu kerja

Tetapkan sempadan untuk diri sendiri dan rakan sekerja bagi mengelakkan keletihan. Apabila anda meninggalkan pejabat, elakkan memikirkan projek yang akan datang atau menjawab emel syarikat.

Menetapkan waktu kerja tertentu sama ada anda bekerja di luar rumah atau di rumah, adalah penting untuk menentukan masa bila anda akan bekerja dan bila akan berhenti bekerja.

Jika tidak, anda mungkin akan melakukan pekerjaan itu sehingga lewat malam, semasa bercuti atau pada cuti hujung minggu.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda