Skip to main content

Advertisement

Berita

3 Pemain JDT Akan Beraksi Di Liga Portugal

3 pemain jdt akan beraksi di liga portugal

Tiga pemain muda Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal dipinjamkan untuk beraksi bersama kelab bola sepak di Portugal.

Advertisement

kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers, projek terbabit dijayakan menerusi kerjasama antara pasukan Harimau Selatan itu dengan kelab bola sepak yang berpangkalan di Eropah yang menyaksikan JDT berpeluang 'mengeksport' tiga pemain setiap tahun untuk beraksi bersama pasukan itu sebagai pemain pinjaman.

Tiga pemain terbabit adalah pemain tengah, Syamer Kutty Abba dengan dua lagi pemain iaitu pertahanan, Hasbullah Abu Bakar dan penyerang, Syafiq Ahmad turut berkemungkinan mengikut jejak langkah pemain tengah skuad kebangsaan itu untuk berkelana ke Eropah.

"Nama kelab terbabit akan didedahkan sebaik sahaja pihak pengurusan menandatangani kontrak secara rasmi”Johor Southern Tigers.

Sumber johorsoutherntigers

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda