
Sememangnya lumrah manusia biasa untuk mempunyai perasaan cinta. Bercinta selepas nikah menjadi semakin popular atas dasar ingin menjauhi zina. Tetapi tidak salah pun jika anda ingin bercinta selepas kahwin yang salahnya jika berkahwin tanpa mengenali langsung bakal pasangan hidup anda. Cara terbaik yang dianjurkan oleh Islam adalah untuk mengenali pasangan anda sebelum nikah.
- Mengenal pasangan lebih dalam
Advertisement
Banyak perkara yang boleh diambil tahu tentang calon suami atau isteri jika kita mengambil masa untuk mengenali mereka. Ada yang memerlukan masa yang lama untuk mengenali pasangan mereka, ada yang tidak memerlukan jangka masa yang panjang. Ambil peluang keemasan ini untuk mengetahui latar belakang mereka dan apa yang disukai dan dibenci olehnya. Mengenali mereka dengan lebih mendalam boleh memberi ruang untuk kita menilai calon suami atau isteri.
- Melihat rupa bakal pasangan hidup
Sememangnya benar, paras rupa itu tidak menentukan kebahagiaan sesebuah perkahwinan tetapi memang lumrah manusia suka melihat sesuatu yang cantik. Citarasa setiap manusia tidak sama, apa dilihat sebagai cantik di mata seseorang mungkin tidak sama seperti orang lain.
- Dapat bersediakan diri dengan lebih awal
Mengenali pasangan anda terlebih dahulu sebelum menikah dapat membantu anda untuk membuat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama seseorang itu. Dengan mengenali mereka terlebih dahulu, memberi ruang untuk anda menerima kekurangan dan kelebihan mereka dalam hubungan tersebut. Ini untuk mengelakkan perasaan “culture shock” apabila sudah hidup sebumbung dengan pasangan anda.
Sumber: Pesona Pengantin