Skip to main content

Advertisement

Berita

3 Benda Yang Anda Mesti Ada Pada Musim Demam Ini

Cuaca di Malaysia sekarang agak kurang menentu. Kita bersyukur kerana, dengan turunnya hujan, isu jerebu yang kita hadapi pada pertengahan tahun 2019 sedikit sebanyak berkurangan dan suhu berada pada tahap yang lebih selesa. Walaubagaimanapun, sekiranya kita tidak berhati-hati, kita akan mudah jatuh sakit seperti demam atau selesema kerana perubahan suhu dari panas terik ke hujan lebat secara tidak menentu.

Berikut adalah 3 benda yang kita perlu seddiakan untuk mengelakkan diri daripada terus terjebak dengan wabak flu atau jangkitan dari orang sekeliling.

  1. Hand sanitizer

Advertisement

3 benda yang anda mesti ada pada musim demam ini

Cecair pembersih tangan ini adalah sesuatu yang perlu anda terutamanya pada musim demam ini. Letakkan di tempat-tempat yang anda selalu pergi atau mudah untuk anda ambil seperti di dalam kereta, di dalam beg tangan anda, ataupun di meja pejabat anda.

Cara menggunakannya ialah picitkan sedikit di tapak tangan anda, dan sapukan ke keseluruhan tangan anda termasuk di celah-celah jari dan kuku. Biarkan selama 30 saat untuk ianya kering dan anda boleh terus jalankan rutin harian anda seperti biasa.

Anda juga boleh letak cecair pembersih itu di atas sehelai tisu untuk membersihkan barang peribadi anda seperti telefon bimbit, kunci-kunci, atau peralatan awam yang anda ingin gunakan, seperti pemegang troli pasar raya.

  1. Bawang Putih

3 benda yang anda mesti ada pada musim demam ini

Tidak disangkal lagi bawang putih merupakan bahan ajaib yang mempunyai banyak khasiatnya. Dalam isu mengelakkan demam atau flu, ia mempunyai zat-zat yang berupaya untuk meningkatkan tahap imunisasi tubuh kita dalam melawan kuaman dan virus.

Campurkan di dalam sup, masakan, dan kalau anda berani, makan secara mentah. Tapi, jangan lupa bersihkan mulut anda selepas itu kerana nafas anda akan berbau seperti bawang putih.

  1. Termos

Termos merupakan alatan yang digunakan untuk mengekalkan suhu sesuatu cecair atau makanan. Dalam melawan jangkitan kuman dan virus, kita perlu banyak minum air atau makanan yang banyak konten airnya seperti sup. Hal ini dapat mambantu badan kita membuang segala toksin atau kuman yang ada dalam badan kita. Pengambilan banyak cecair juga dapat mengekalkan kelembapan rongga hidung dan tekak kita supaya sukar dijangkiti kuman.

3 benda yang anda mesti ada pada musim demam ini

Bersama-samalah kita menghindari jakitan apa-apa wabak supaya kita dapat kekal sihat dan produktif dalam menjalankan kehidupan seharian kita.

Sumber: WebMD

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda