Memetik laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lagi 4 kes kematian dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 sebanyak 23 kes.
Mangsa ke-22 melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 48 tahun. Mangsa merupakan kes ke-1797 dan mempunyai sejarah penyakit kronik sebelum ini, selain itu beliau pernah hadir ke perhimpunan tabligh dan ada kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19.
Advertisement
Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif #COVID19.
Manakala kes kematian yang ke-23 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 62 tahun yang juga mempunyai penyakit kronik sebelum ini dan menerima rawatan di Hospital Raja Bainun di Ipoh. Mangsa disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.37 tengah hari. Punca jangkitan mangsa ini masih lagi di bawah siasatan.
Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.
Terkini, jumlah pesakit positif wabak COVID-19 bertambah sebanyak 235 kes baru, menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia sebanyak 2031 kes. 60 kes adalah berkitan kluster perhimpunan tabligh, bakinya masih dalam siasatan.
Daripada jumlah itu, pesakit yang telah sembuh dibenarkan discaj pula adalah sebanyak 215 kes.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM