Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan hari ini terdapat 15 kawasan dikenalpasti sebagai kawasan Zon Merah (Bahaya) COVID-19 di Malaysia dengan penambahan kawasan Kepong dalam senarai tersebut.
Kawasan-kawasan tersebut mempunyai jumlah kes positif wabak COVID-19 paling tinggi.
Advertisement
Berikut adalah kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah COVID-19:
- Petaling
- Lembah Pantai
- Hulu Langat
- Seremban
- Johor Bahru
- Kluang
- Kuching
- Kota Bharu
- Kepong
- Kinta
- Gombak
- Klang
- Titiwangsa
- Tawau
- Hilir Perak
Pecahan kes #COVID19 yang terkini mengikut daerah.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 30, 2020
15 Zon merah (bahaya) ⚠️⚠️⚠️
1. Petaling
2. Lembah Pantai
3. Hulu Langat
4. Seremban
5. Johor Bahru
6. Kluang
7. Kuching
8. Kota Bharu
9. Kepong
10. Kinta
11. Gombak
12. Klang
13. Titiwangsa
14. Tawau
15. Hilir Perak pic.twitter.com/paoqRfTzZw
Sebelum ini, kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat di Selangor dikenal pasti sebagai kawasan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 12 tengah malam Isnin.
Atas nasihat KKM susulan pengesahan 71 kes positif jangkitan COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui, tindakan tersebut telah dilakukan.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani