Skip to main content

Advertisement

Berita

102 Atlet Negara Bakal Galas Cabaran di Birmingham 2022

Kontinjen Malaysia kini dalam fasa akhir persiapan bagi mengharungi Sukan Komanwel 2022 di Birmingham yang bakal berlangsung bermula dari Khamis, 28 Julai ini sehingga 8 Ogos ini

atlet negara bakal galas cabaran ke birmingham sabtu ini

Pada tanggal 23 Julai 2022 yang lalu, majoriti daripada kontinjen negara sudah pun berlepas ke Birmingham dengan menaiki pesawat MH0002. Antara atlet yang telah tiba ialah atlet melibatkan sukan badminton, skuasy, olahraga, gimnastik artistik, judo, ping pong, powerlifting dan bola keranjang berkerusi roda. 

Advertisement

Antara nama besar yang dikenal pasti sebagai prospek pingat kali ini iialah pemain badminton Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, M. Thinaah, Goh Jin Wei serta Rachel Arnold (skuasy), Jackie Wong Siew Cheer (baling tukul besi) dan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting). 

atlet negara bakal galas cabaran ke birmingham sabtu ini

Dalam saingan Sukan Komanwel kali ini, Malaysia bakal diwakili kontinjen seramai 162 orang individu yang terdiri daripada 102 orang atlet, 44 orang pegawai dan 13 kakitangan khas. Untuk saingan di Birmingham 2022, skuad negara menyasarkan 6 emas untuk dirangkul.

Selamat maju jaya wira negara!

 

Sumber: Bernama

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda