Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 108 pesakit telah sembuh COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh di Malaysia seramai 645 orang.
TERKINI #COVID19 di Malaysia
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 1, 2020
1 April 2020.
Bilangan pesakit yang discaj tertinggi iaitu 108 orang.
Ini menjadikan 645 pesakit atau 22.2 % telah sembuh dan discaj hospital setakat jam 12pm, 1 April.
Tahniah dan terima kasih semua. @MuhyiddinYassin@DrAdhamBaba@DGHisham pic.twitter.com/Xyx2SfQHJT
Namun, KKM turut melaporkan terdapat 142 kes positif COVID-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia kini 2,908 pesakit.
Advertisement
KKM turut melaporkan terdapat 2 lagi kes kematian baharu hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini di Malaysia sebanyak 45 kes.
Dua kematian baharu menjadikan 45 kematian setakat 12pm, 1 April 2020.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 1, 2020
Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan
warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar
belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit
jantung.
Kes terbaru kematian akibat wabak COVID-19 adalah seperti berikut:
- Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berusia 80 tahun. Mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Mangsa mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.
- Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mangsa mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.
Semalam KKM turut melaporkan 6 jumlah kematian melibatkan kes kematian ke-38 hingga ke-43.

Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM