Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Foodie

Sambal Ikan Bilis, Kentang Dan Kacang Pedas Rangup, Sesuai Makan Dengan Nasi Panas

Boleh simpan lama dan sesuai makan dengan nasi panas.
11 Sep 2020, 03:30 PM

Sambal ikan bilis tambah dengan kentang dan kacang yang pedas dan rangup memang sedap. Tambah pula, sambal ini boleh disimpan lama. Sesuai kepada sesiapa yang bekerja dan tak ada masa nak masak. Makan dengan roti boleh, makan dengan nasi panas lagi sedap!

sambal ikan bilis, kentang dan kacang pedas rangup, pedas dan sesuai makan dengan nasi panas

Jadi, ini cara nak buat sambal padu ini!

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kisar kasar:

3-4 biji bawang merah kecil

4 ulas bawang putih

12 tangkai cili kering

Bahan-bahan untuk lain-lain:

sambal ikan bilis, kentang dan kacang pedas rangup, pedas dan sesuai makan dengan nasi panas

2 cawan minyak masak

2 biji kentang

100g ikan bilis

200g kacang tanah

3-4 keping hirisan lengkuas

2 sudu besar gula putih

3 sudu besar gula nisan/gula melaka

1/3 cawan air asam jawa

1 sudu besar cuka makan

1/4 sudu kecil kiub ayam

1/4 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

sambal ikan bilis, kentang dan kacang pedas rangup, pedas dan sesuai makan dengan nasi panas

Cara-cara untuk untuk goreng:

  1. Kupas dan hiris nipis kentang. Gaul dengan sedikit garam. Biarkan seketika sampai kentang keluarkan air dan toskan.
  2. Bersihkan ikan bilis dan toskan.
  3. Panaskan minyak, goreng kentang sehingga garing. Perlu kerap kacau sehingga kentang perang dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng ikan bilis sehingga rangup.
  5. Keluarkan sedikit minyak dan goreng kacang tanah sehingga sedikit keperangan. Angakat dan ketepikan.

Cara-cara untuk sambal:

  1. Buang biji cili kering dan rebus. Kisar semua bahan-bahan untuk kisar kasar
  2. Menggunakan baki minyak tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan juga hirisan lengkuas.
  3. Bila sambal sudah pekat, masukkan gula putih, gula nisan atau gula melaka, air asam jawa, cuka makan dan kiub ayam.
  4. Masak sehingga sambal bertukar warna menjadi sedikit gelap dan pekat. Tabur garam secukup rasa.
  5. Tutup api dan gaulkan kacang tanah dan ikan bilis. Kerap kacau sehingga sambal betul-betul sebati dan sejuk. Last sekali masukkan kentang goreng. Gaul lagi dengan kerap sehingga semua bahan bersalut sekata.

Tips:

  • Bahan-bahan yang digoreng haruslah dikacau dengan kerap supaya masak sekata dan garing.
  • Sambal haruslah pekat dan kering. Kalau basah, nanti bahan-bahan goreng akan jadi lembik bila disimpan.
  • Kalau nak tunggu sambal sedikit suam sebelum kacau dengan bahan-bahan goreng pun boleh.

Sumber: Resepi Che Nom

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}