Skip to main content

Advertisement

Berita

Nanas Celup Tepung! Resepi Unik Tapi Hasilkan Rasa Yang Diluar Jangkaan

Resipi celup tepung biasanya dikaitkan dengan sotong, udang dan lain-lain masakan bergoreng seperti pisang dan ubi. Namun pernahkah anda merasa nanas celup tepung?

resipi nanas celup tepung? unik pada nama, enak pada rasa

Mungkin kedengaran agak aneh bagi sesetengah orang, namun bagi peminat buah nanas, ini adalah antara masakan yang perlu anda cuba.

Advertisement

Memetik laporan dari Sinar Plus, resipi yang dikongsikan oleh Arra Wady Zayyad Shafi ini sangat unik dan boleh dibuat sendiri dirumah.

Kaedah penghasilan nanas celup tepung adalah seperti berikut:

Bahan:

  • Tepung beras
  • Sebiji telur
  • Air kapur
  • Pewarna
  • Secubit garam
  • Air

Cara-caranya:

  • Kupas kulit nanas dan potong mengikut sebanyak mana yang diperlukan.
  • Bancuh telur, garam, air kapur dan pewarna.
  • Masukkan tepung dan air kemudian kacau. Pastikan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Kemudian, masukkan nanas dan goreng.
  • Siap!

Ada sesiapa pernah cuba?

Kredit : Arra Wady Zayyad Shafi via Sinar Plu

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda