
Gambar Hiasan
Menjelang musim balik kampung, macam-macam tips pelik tetapi berguna mula viral di media sosial. Salah satu yang sedang hangat diperkatakan ialah jangan lupa letak duit syiling dalam freezer sebelum tinggalkan rumah!
Advertisement
Ramai yang menyangka ini ada kaitan dengan petua karut atau magik konon untuk menggandakan duit. Tetapi sebenarnya ada logik penting di sebaliknya yang boleh menyelamatkan anda sekeluarga daripada masalah keracunan makanan dan sebagainya.
Apabila kita balik kampung atau keluar bercuti berhari-hari, rumah kosong dan tiada sesiapa yang pantau. Dalam tempoh tersebut, ada risiko berlaku gangguan elektrik tanpa kita sedar.
Masalahnya, apabila elektrik terputus, bahan basah yang perlu disejukbeku dalam freezer seperti ayam, ikan dan daging akan mula mencair. Jika gangguan lama dan berterusan, makanan tersebut akan rosak dan bahaya untuk dimakan.
Lebih bahaya apabila selepas bekalan elektrik kembali, makanan berkenaan kembali membeku dan nampak seperti elok, tetapi sebenarnya dah tak selamat!
Inilah fungsi sebenar duit syiling, iaitu sebagai penanda sama ada makanan dalam freezer pernah cair atau tidak.

Gambar Hiasan
Caranya mudah:
Isi air dalam botol atau bekas lutsinar (lebih kurang ¾ penuh)
Masukkan ke dalam freezer dan biarkan ia beku sepenuhnya
Lepas dah beku, letakkan duit syiling di atas permukaan ais
Tinggalkan di dalam freezer sepanjang anda bercuti
Apabila dah balik nanti, terus perhatikan:
Jika syiling masih di atas seperti yang anda tinggalkan, maksudnya ais tak pernah cair. Freezer anda tiada masalah dan makanan di dalamnya selamat!

Gambar Hiasan
Jika syiling tenggelam ke bawah menandakan ais pernah cair sepenuhnya! Besar kemungkinan telah berlaku gangguan elektrik lama. Jadi disarankan untuk anda elakkan makan makanan tersebut.
Kadang-kadang benda kecil seperti ini yang ramai terlepas pandang. Lebih baik ambil langkah berjaga-jaga daripada menyesal kemudian hari, kan? Jadi sebelum kunci pintu rumah dan mulakan perjalanan pulang ke kampung, jangan lupa buat ‘ujian syiling’ ini.
Selamat balik kampung & beraya dengan tenang!