Skip to main content

Advertisement

Technology & Innovation

Masih Sembunyikan Wajah Anak? PU Riz Ada Sebab Tersendiri - “Bukan Semua Kita Sayang Kita Perlu Tunjukkan..”

Foto: Instagram

Trend menyembunyikan wajah anak dalam kalangan ibu bapa di media sosial dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.

Advertisement

Ramai berpandangan tindakan itu dibuat sebagai langkah berhati-hati untuk melindungi anak daripada pendedahan terlalu terbuka di internet, termasuk risiko keselamatan.

Malah, ada juga ibu bapa yang lebih memilih untuk mengehadkan aktiviti luar seperti beraya demi menjaga keselamatan si kecil. Bahkan, terdapat juga ibu bapa yang tidak mendedahkan terlalu banyak maklumat peribadi anak kepada umum.

Jika berkongsi gambar sekalipun, wajah anak biasanya ditutup menggunakan emoji, tangan atau diedit menjadi kabur. Perkara sama turut diamalkan oleh pasangan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz terhadap anak mereka.

Menerusi satu temubual yang diunggah di media sosial, Instagram podcast Sembang Seram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjelaskan sebab mengapa dia isterinya memilih pendekatan tersebut terhadap dua anak mereka, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Menurutnya, tidak semua perkara yang kita sayangi perlu dipamerkan kepada orang ramai.

 

 

 

“Saya bagi satu contoh… bukan semua yang kita sayang perlu kita tunjukkan,” jelasnya.

Beliau turut menyentuh tentang konsep ‘ain’ atau penyakit mata jahat yang boleh berlaku apabila seseorang melihat sesuatu yang menarik tanpa disertakan dengan doa atau kalimah yang baik.

“Saya bagi satu contoh… kalau kita puji seseorang, kita kena sebut Masya-Allah. Kalau tak, kita bimbang boleh jadi perkara yang tak baik,” katanya.

Tambahnya lagi, amalan menyebut “Masya-Allah” bukan hanya ketika memuji orang lain, tetapi juga ketika melihat diri sendiri sebagai tanda syukur kepada Allah SWT.

Dalam masa sama, PU Riz menegaskan bahawa tindakan menyembunyikan wajah anak adalah langkah perlindungan daripada risiko pandangan atau pujian yang tidak disertakan dengan zikir.

“Kalau kita tak mampu kawal orang lain, kita sendiri kena lebih berhati-hati,” jelasnya.

Tidak terhenti di situ, beliau juga menasihatkan agar setiap pujian diterima dengan ucapan syukur seperti “Alhamdulillah” dan bukannya merendahkan diri secara keterlaluan.

Tambahnya, memberi pujian itu tidak salah, malah digalakkan selagi dilakukan dengan adab yang betul dan tidak berlebihan.

Sumber: Instagram @sembangseram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda