Skip to main content

Advertisement

General

Imam Rupanya Belum Mandi Wajib, Sah Ke Solat Makmum? Ini Jawapan Yang Ramai Tak Tahu

Gambar Hiasan

Dalam kehidupan seharian, kadang-kadang berlaku situasi yang tidak dijangka termasuk dalam urusan ibadah. Antara persoalan yang sering timbul ialah: bagaimana jika imam terlupa mandi wajib dan baru sedar selepas selesai solat berjemaah? Adakah solat makmum terbatal juga?

Advertisement

Isu ini mungkin nampak kecil, tetapi ia sebenarnya melibatkan hukum yang ramai masih keliru.

Mandi wajib atau mandi junub diwajibkan apabila seseorang berada dalam keadaan hadas besar seperti selepas keluar mani, melakukan hubungan suami isteri dan haid atau nifas bagi wanita.

Seseorang yang masih berhadas besar tidak sah menunaikan solat sehingga dia mandi wajib terlebih dahulu.

Menurut penjelasan para ulama, jika imam terlupa bahawa dirinya belum mandi wajib lalu mengimamkan solat, maka solat imam itu tidak sah

kerana dia berada dalam keadaan hadas besar.

Namun yang ramai terkejut kerana solat makmum tetap sah sekiranya makmum tidak mengetahui keadaan imam ketika itu.

Ini berdasarkan pandangan majoriti ulama bahawa makmum tidak menanggung kesalahan atau kecuaian imam yang tidak diketahui mereka.

Islam adalah agama yang tidak membebankan. Makmum menunaikan solat berdasarkan sangkaan bahawa imam berada dalam keadaan suci dan layak menjadi imam. Ini sah sekiranya makmum tidak tahu imam berhadas dan mereka tetap mengikuti solat tersebut dengan sempurna. Maka solat tersebut tidak perlu diulang.

Gambar Hiasan

Hal ini juga pernah berlaku pada zaman sahabat, di mana terdapat riwayat bahawa Umar al-Khattab RA pernah mengimamkan solat Subuh dalam keadaan junub kerana terlupa. Setelah menyedarinya, beliau mengulangi solat tersebut, tetapi tidak memerintahkan makmum mengulanginya. Situasinya berbeza jika makmum mengetahui imam berada dalam hadas besar sejak awal solat.

Dalam keadaan itu, makmum tidak boleh terus mengikut imam tersebut dan solat mereka boleh menjadi tidak sah jika tetap meneruskannya dengan sengaja. Perkara ini mengajar kita bahawa manusia tidak lari daripada terlupa, ilmu fiqh sangat penting dalam ibadah dan jangan mudah menghukum atau memalukan orang yang melakukan kesilapan tanpa sengaja.

Pada masa sama, imam juga perlu lebih berhati-hati sebelum memimpin solat, terutama memastikan dirinya benar-benar dalam keadaan suci.

Jika imam terlupa mandi wajib dan baru sedar selepas selesai solat solat imam wajib diulang tetapi solat makmum tetap sah jika mereka tidak mengetahuinya. Islam sentiasa menitikberatkan keadilan dan tidak membebankan umat dengan sesuatu di luar pengetahuan mereka.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda