
Pemergian pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada pagi Selasa masih memberi kesan yang mendalam bagi ramai pihak terutama sekali keluarga tercinta dan rakan-rakan yang rapat dengannya.
Advertisement
Termasuklah pelakon Zul Ariffin yang terbang ke Jakarta untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyraham Ashraf Sinclair.
Menurut Zul Ariffin, dia sudah cuba sedaya upayanya untuk hadir ke pengebumian sahabat rapatnya itu untuk tunaikan solat jenazah namun niat itu tidak kesampaian.
Dalam ruangan kapsyen di akaun Instagram kepunyaan pelakon filem Sangkar itu, dia berkongsi detik-detik manis bersama arwah pada awal karier masing-masing.
“You were my first real friend in the industry - from being together on modelling shoots, being rejected together, to me laughing my head off when you said you wanted to act. Laughed even harder when you said I should too, then one day we could act together.”
Zul juga mendedahkan sifat keperibadian Ashraf sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang kepada isteri, Bunga Citra Lestari dan anak tercinta, Noah Aidan Sinclair.
Ashraf Sinclair yang membina nama di Indonesia dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi hari Selasa.
Allahyarham Ashraf Sinclair meninggalkan seorang balu dan anak lelaki berumur 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Al-Fatihah
Sumber: Instagram