Tidak boleh dinafikan memang sukar mengekalkan penampilan sebagai wanita berhijab dalam industri hiburan.
Sempena hari hijab sedunia, penyanyi Yuna yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa mendedahkan bahawa beliau pernah disuruh untuk menanggalkan tudung pada awal kerjayanya jika ingin menjadi seorang artis rakaman.
Advertisement
Menurut penyanyi Terukir Di Bintang itu, beliau menyatakan bahawa ada juga yang meminta dia mendedahkan bahu dan lutut di sesi fotografi tetapi dia enggan melakukannya.

“Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis pertama yang berhijab di Malaysia, ada beberapa majalah fesyen ketika itu yang enggan memilih saya sebagai wajah muka hadapan majalah.”
“Sekarang sudah ada perubahan. Saya gembira melihat wanita seperti saya melakukan perkara yang diingini. Dan dunia semakin menerima wanita seperti saya.”
Perkongsian Yuna di akaun kepunyaannya itu mendapat respon positif daripada orang ramai.
Sumber: Instagram Yuna