
Penularan wabak koronavirus amat dibimbangi. Oleh itu, virus ini telah disytiharkan sebagai situasi kecemasan antarabangsa.
Advertisement
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan penyisytiharan dibuat atas dasar wabak koronavirus semakin menular di negara-negara lain.

Kebimbangan WHO adalah wabak ini akan menular ke negara-negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah.
disahkan boleh merebak dari manusia kepada manusia di luar negara China.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) January 31, 2020
Setakat ini, 4 kes jangkitan dari manusia kpd manusia iaitu di Jepun, Jerman, Vietnam dan terbaru di Amerika Syarikat, sekaligus timbul kebimbangan kemampuan virus itu merebak lebih meluas.
“Kita perlu bertindak sekarang untuk membantu negara-negara mempersiapkan segala kemungkinan itu.”
Setakat ini, koronavirus telah meragut nyawa 213 pesakit dan merebak ke 19 buah negara lain.

Jerman, Jepun, Vietnam dan Amerika Syarikat telah mengenal pasti kes jangkitan koronavirus antara manusia ke manusia di negara masing-masing.
Malaysia telah melaporkan 8 kes koronavirus setakat ini.
Sumber: Astro Awani