
Sekarang ni semua orang ternanti-nanti akan ketibaan vaksin.
Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa vaksin keluaran Pfizer akan tiba di KLIA pada Ahad ini.
Oleh itu, KKM akan menyiarkan secara langsung ketibaan vaksin kumpulan pertama ini melalui Facebook Live di Facebook Page KKM sendiri.
Facebook Live tersebut akan disiarkan pada 21 Februari ini bermula pukul 9 malam.
KKM akan menyiarkan secara langsung ketibaan kumpulan pertama Vaksin #COVID19 keluaran #Pfizer di KLIA pada Ahad ini, 21 Feb bermula jam 9 pagi secara eksklusif menerusi FB LIVE. #LindungDiriLindungSemua @DrAdhamBaba @DGHisham @Khairykj @officialmosti pic.twitter.com/qvlsmm31bE
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 18, 2021
Jadi, kalau anda mahu saksikan bagaimana ketibaan dan pengursan vaksin ini, jangan lupa untuk saksikan live tersebut!
Sumber: Twitter KKM