Skip to main content

Advertisement

Berita

Kerajaan Palestin Beri Penghargaan, Ustaz Ebit Lew Syukur Terima Anugerah Duta Muhibbah Palestin

Pendakwah, Ustaz Ebit Lew mendapat penghargaan apabila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah oleh kerajaan Palestin.

kerajaan palestin beri penghargaan, ustaz ebit lew syukur terima anugerah duta muhibbah palestin

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas penghargaan itu.

“Terharu sebak syukur rasa bila dianugerahkan sebagai Duta Muhibbah Palestin / Palestine Goodwill Ambassador.

“Saya cuma buat sedikit usaha berbanding ramai orang. Kami dijemput meeting bersama Menteri dan Timbalan Menteri dari Kementerian Luar Palestin, Kementerian Pembangunan Palestin, Kementerian Kebudayaan dan Belia.

kerajaan palestin beri penghargaan, ustaz ebit lew syukur terima anugerah duta muhibbah palestin

“Mereka menyambut dan melayan dengan sangat baik. Terharu rasa. Allahuakbar. Kita cuma orang kecil dan bukan sesiapa pun. Cuma niat nak menolong sahaja,” katanya.

Tambahnya, beliau juga berbincang untuk mengadakan program di Palestin pada masa akan datang ketika sesi pertemuannya dengan wakil kerajaan Palestin itu.

“Saya bersetuju bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk projek ‘Cultural Exhibition of Heroism and Sacrifice’,” ​ katanya.

Sumber: Facebook
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda