Skip to main content

Advertisement

Berita

Ustaz Ebit Lew Sebak Lihat Remaja OKU Palestin, Hilang Kaki Akibat Kediaman Dibom

Pendakwah, Ustaz Ebit meneruskan misi bantuan kemanusiaan di Palestin dengan menziarah beberapa orang remaja yang kehilangan kaki akibat dibom tentera Israel.

ustaz ebit lew sebak lihat remaja oku palestin, hilang kaki akibat kediaman dibom

Advertisement

Menerusi hantaran di laman Instagram, Ustaz Ebit tidak dapat menahan sebak apabila melihat senyuman anak-anak tersebut biarpun diuji dengan kediaman mereka musnah.

“Sebak sayu selepas melihat tempat kena bom. Saya ziarah dan bawa hadiah dan bantu belikan kerusi roda untuk anak yang hilang kaki atau hilang upaya di Hospital A'mal Khan Younis Gaza di bawah Palestin Red Crescent,” katanya.

ustaz ebit lew sebak lihat remaja oku palestin, hilang kaki akibat kediaman dibom

Malah, Ustaz Ebit turut beramah mesra dan menyantuni mereka dengan memberikan sumbangan wang, permainan, ubat-ubatan dan lain-lain keperluan.

“Semua merayu kita bantu mereka. Mereka ini semua susah miskin. Dibom pula. Adik ni semua sentiasa tersenyum,” ujarnya lagi.

Biarpun jadualnya agak padat, pendakwah itu tetap akan menghulurkan bantuan di segenap bumi Palestin walaupun hampir dibom tiga kali ketika di sana.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: Instagram
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda