Penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal Biyajid memberi nasihat kepada pengguna media sosial mengenai trend media sosial masa kini.
Menurut Ustaz Don, media sosial ini merupakan cerminan kepada diri kita dan lebih baik bagi diri kita untuk menggunakannya dengan perkara yang bermanfaat.
Advertisement
“Nak guna Facebook, Instagram, gunakanlah sebaiknya. Untuk berkawan, jalin silaturrahim, menyampaikan dakwah. Jangan guna untuk cari pasai, cipta musuh mahupun bergaduh.”
“Benda positif, benda baik yang kita post, kita komen, pasti orang suka. Tapi kalau asyik memaki, menyindir, mengecam, apa faedahnya? Jiran yang nampak pun sakit mata. Akhirnya tak ada siapa nak berkawan dengan kita.”
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan kata-kata terima kasih kepada Ustaz Don atas perkongsian yang bermanfaat itu.

Kenyataan yang dilakukan oleh Ustaz Don di akaun Instagramnya menyentuh hati ramai pihak termasuklah penyanyi tanah air, Ernie Zakri yang memberi reaksi di akaun Twitter miliknya.
Tersentap di hati baca caption beliau. Moga sama sama kita menjaga lidah (jari) dari menyakitkan hati manusia yang lain, aamin. Spread love, oh jangan lupa pakai mask. Pergi Ikea jangan harapkan mask disediakan ok? Tanggungjawab bersama! ❤ pic.twitter.com/6IEEfOYJ62
— Ernie (@ErnieZakri) July 20, 2020
Sumber: Media Hiburan