Skip to main content

Advertisement

Berita

Sempena Aidiladha, Usahawan Ambil Inisiatif Sendiri Agih 900 Kilogram Daging Korban Kepada Fakir Miskin Dan Asnaf

Sambutan hari raya Aidiladha pastinya tahun ini amat sederhana terutamanya ketika negara sedang bertarung melawan COVID-19.

Namun, seorang usahawan sanggup mengagihkan kira-kira 900kg daging lembu dan kambing korban kepada 100 fakir miskin dan asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan inisiatif sendiri.

Advertisement

sempena aidiladha, usahawan ambil inisiatif sendiri agih 900 kilogram daging korban kepada fakir miskin dan asnaf

Menurut Hajamydin Shahul Hamid, beliau dan pasukannya mengagihkan daging korban dan memberi sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, roti serta makanan kering kepada golongan terjejas akibat COVID-19.

“Daging korban yang melibatkan dua ekor lembu dan empat ekor kambing serta makanan keperluan ini diberikan kepada fakir miskin dan asnaf di sekitar daerah Timur Laut dan beberapa kawasan di daerah lain.

sempena aidiladha, usahawan ambil inisiatif sendiri agih 900 kilogram daging korban kepada fakir miskin dan asnaf

“Aktiviti ini dilakukan setiap tahun dan kami berharap lebih ramai pihak mengambil kesempatan di hari yang penuh keberkatan ini untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Sumber: Bernama
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda