Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 37 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,978 kes setakat 19 Mei 2020.
Sebanyak 1,218 kes merupakan kes aktif, 11 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU dan 6 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Advertisement


Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia meningkat kepada 114 orang setakat ini.

Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 31 kes menjadikan jumlah kes pulih dan discaj di Malaysia meningkat kepada 5,646. Kadar kesembuhan kini adalah 80.91%

Sumber: KKM