Skip to main content

Advertisement

Berita

Tiada Kematian, 110 Pesakit Pulih Dan 16 Kes Baru Dilaporkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat penambahan kes baharu sebanyak 16 kes, ini menjadikan jumlah kes baru yang paling rendah kebelakang ini. Justeru, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 meningkat kepada 6,742 kes setakat 12 Mei 2020.

Daripada 16 kes, 9 merupakan bukan warganegara Malaysia, 3 adalah kes import dan 13 kes lagi adalah penularan tempatan.

Advertisement

16 kes baru, kadar kes pulih semakin meningkat dan tiada kematian dilaporkan hari ini

16 kes baru, kadar kes pulih semakin meningkat dan tiada kematian dilaporkan hari ini

Sebanyak 1,410 kes merupakan kes aktif, 16 pesakit kini masih menerima rawatan di ICU dan 3 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Turut dimaklumkan terdapat tiada kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kekal kepada 109 orang setakat ini.

16 kes baru, kadar kes pulih semakin meningkat dan tiada kematian dilaporkan hari ini

Manakala penambahan pesakit pulih turut dilaporkan hari ini sebanyak 110 kes menjadikan jumlah kes pulih di Malaysia meningkat kepada 5,223. Syabas KKM!

Sempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada wira yang tidak didendang. 

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda