Aktivis masyarakat, Uncle Kentang antara figura yang sering memberikan bantuan untuk semua golongan tidak kira bangsa atau agama.

Advertisement
Baru-baru ini, Kuan Chee Heng mengambil berat situasi semasa dan menghulurkan sumbangan sebanyak 20 tilam kepada Hospital Serdang.
Beliau dilihat turun padang dan memberikan bantuan tilam tersebut untuk kegunaan bahagian kecemasan di hospital tersebut.

Ia susulan katil di beberapa hospital di Lembah Klang yang telah mencapai tahap maksimum untuk merawat pesakit COVID-19.
Terima Kasih Uncle Kentang ‼️
— OH! MEDIA (@ohtweet) July 6, 2021
Seorang yang tidak pernah berputus asa untuk membantu rakyat. Kali ini beliau turun padang dengan menghantar lebih 20 tilam ke Hospital Serdang untuk digunakan di bahagian kecemasan. pic.twitter.com/cEu1r0WUKm
Sumber: Twitter