Skip to main content

Advertisement

Berita

Enaknya Hidang Panas-Panas! Udang Goreng Butter Sesuai Untuk Seisi Keluarga!

Macam-macam hidangan yang boleh disediakan dengan makanan laut seperti udang.

Sambal petai udang, kari udang, cekodok udang, eh lapar la pula.

Advertisement

Hah! Resepi Udang Goreng Butter ni bukan sahaja mudah tapi sedap dan menyelerakan.

enaknya hidang panas-panas! udang goreng butter sesuai untuk seisi keluarga!

Bahan- bahan:

500gm udang harimau - siang, belah belakang, cuci bersih dan toskan

4 biji telur saiz kecil

1/2 cawan susu segar

Daun ketumbar- hiris

Daun kari

5 biji cili api - hiris

Secubit garam

Sedikit mentega

Sedikit minyak masak

Cara-cara:

enaknya hidang panas-panas! udang goreng butter sesuai untuk seisi keluarga!

1. Goreng udang hingga bertukar warna dan ketepikan. Pukul telur dengan susu segar, ketepikan

2. Lebihan minyak tadi tambahkan dengan mentega.

3. Bila mentega mencair dan panas, tumiskan cili api dan daun ketumbar. Jika mahu, boleh juga masukkan daun kari untuk bau yang lebih enak.

4. Masukkan udang, kacau sebati dan masukkan pula campuran telur dan susu. Kacau sebati.

5. Biarkan seketika di atas api. Angkat dan hidang!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda