Skip to main content

Advertisement

Berita

Ingat Luar Negara Je Ada? Tornado Kecil Kini Kerap Muncul Di Malaysia

ingat luar negara je ada? tornado kecil kini kerap muncul di malaysiaFoto: Focus Malaysia

Eh, Malaysia pun ada puting beliung? Ya, betul! Walaupun bunyinya macam fenomena dari Amerika Syarikat, negara kita juga pernah dilanda puting beliung dan ia bukan rekaan semata-mata. 

Advertisement

Sejak tahun 2010-an, sudah banyak kejadian direkodkan, terutama jenis belalai darat (landspout) dan belalai air (waterspout)

Kalau nak tahu, puting beliung sebenarnya ialah pusaran angin yang sangat kencang dan membentuk corong besar yang menghubungkan awan dengan permukaan bumi. Kelajuannya boleh mencecah 300 km/j, cukup kuat untuk mengangkat bumbung rumah, menerbangkan objek berat dan memusnahkan struktur ringan dalam sekelip mata!

Macam Mana Boleh Jadi?

Fenomena ini berlaku bila awan ribut petir, ricihan angin, dan daya angkatan kuat bergabung pada masa yang sama. Keadaan itu menyebabkan pusaran angin terbentuk dan bila ia menyentuh tanah, jadilah puting beliung.

Biasanya ia terjadi di kawasan lapang, rata dan lembap, sebab di situlah angin mudah berpusing tanpa halangan. Di Malaysia, ia sering berlaku dalam tempoh beberapa saat hingga beberapa minit saja, tapi cukup untuk meninggalkan kesan yang menakutkan.

 

 

Jenis-Jenis Puting Beliung

MetMalaysia menjelaskan bahawa ada tiga jenis utama fenomena ini:

  1. Puting beliung supercell – bersaiz besar, biasanya di Amerika Utara, dengan angin lebih 100 km/j.
  2. Belalai darat (landspout) – bersaiz kecil, berlaku di darat semasa pembentukan awan ribut petir. Kelajuannya sekitar 150 km/j atau kurang.
  3. Belalai air (waterspout) – sama seperti belalai darat, cuma ia terbentuk di kawasan laut.

Apa Perlu Buat Kalau Nampak?

Kalau anda ternampak corong berputar turun dari awan ke tanah atau laut, itu tanda puting beliung sedang berlaku! Jangan panik, tapi ambil langkah cepat:

•⁠  ⁠Cari tempat berlindung di bangunan yang kukuh.

•⁠  ⁠Jika di rumah, duduk di tingkat bawah dan cari tempat paling kuat strukturnya.

•⁠  ⁠Jauhkan diri dari tingkap atau kawasan bercermin.

Walaupun fenomena ini jarang berlaku, ia bukan mustahil untuk jadi di Malaysia, seperti yang pernah terjadi di Kedah, Perlis dan Melaka. Jadi kalau nampak tanda-tandanya, jangan sibuk nak rakam video, utamakan keselamatan dulu!

Sumber: X

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda