Skip to main content

Advertisement

Berita

Musim Haji 2021: Arab Saudi Umum Tiada Sebarang Kes COVID-19 Dicatat Setakat Ini

Arab Saudi memaklumkan tiada sebarang jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam kalangan jemaah haji setakat ini.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan Dr Mohammed Al-Abd Al-Aly, beliau memaklumkan sendiri berita berkenaan dan hanya mencatat kes-kes keletihan fizikal sahaja.

Advertisement

musim haji 2021: arab saudi umum tiada sebarang kes covid-19 dicatat setakat ini

Tambahnya, pihaknya hanya merawat kes keletihan fizikal bersama 651 pemeriksaan klinikal, 396 kes kecemasan, 37 keletihan akibat haba, 26 dirawat di hospital dan enam rawatan jantung.

Menurut Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Leftenan Kolonel Talal Al- Shahoub, pihaknya mementingkan kesihatan dan menerapkan keselamatan tambahan untuk musim haji tahun ini.

musim haji 2021: arab saudi umum tiada sebarang kes covid-19 dicatat setakat ini

Jumlah anggota polis ditambah bagi menjalankan tugas dan mengawasi langkah kesihatan Covid-19 serta mengawal keadaan untuk keselesaan jemaah dengan 356 kes melanggar peraturan dilaporkan setakat ini.

musim haji 2021: arab saudi umum tiada sebarang kes covid-19 dicatat setakat ini

Menurutnya lagi, kebanyakan daripada mereka cuba untuk pergi ke tempat suci tertentu di Muzdalifah, Gunung Arafat dan Masjidil Haram.

“Saya ingin tegaskan pentingnya tindakan keselamatan ketika ibadat haji dan mengelakkan pelanggaran peraturan,” katanya.

Sumber: Arab News

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda