Selepas sekian lama tidak beroperasi, akhirnya panggung wayang dibuka semula mulai 1 Julai lalu.

Advertisement
Negeri Terengganu dilaporkan sudah melakasanakan pengasingan tempat duduk lelaki dan perempuan yang belum berkahwin serta keluarga bermula kelmarin lagi.
Memetik laporan portal Remaja, ada sebuah cinema Lotus Five Star Cinema (LFS) Kuala Terengganu yang sudah melaksanakan peraturan itu di Paya Bunga (PB) Square, sepertimana yang tertakluk dalam Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudauaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu.
Pelaksanaan yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ini untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mengikut syariat Islam dan juga patuh pada Syariah.
Sumber: Remaja / LFS Cinemas