Skip to main content

Advertisement

Berita

Tatkala Dihimpit Dengan Tekanan, Bacalah Doa Nabi Musa

Semua orang akan dilanda pelabagai jenis ujian hidup ada kala kita akan himpit dengan pelbagai jenis tekanan. Namun, ujian ini semua harus diambil sebagai iktibar dan dijadikan sebagai pengajaran.

tatkala dihimpit dengan tekanan, bacalah doa nabi musa

Advertisement

Ujian yang diberi adalah untuk mematangkan kita semua. Menjadi manusia yang kuat dan tabah itu bukan pilihan tetapi keperluan.

Kalau kita lihat kisah Nabi Musa AS yang tinggal bersama dengan firaun; walaupun hidupnya tinggal di dalam istana mewah dan dijaga oleh ibu angkat yang baik, iaitu Asiah namun tekanan yang dialaminya itu ada kala membuatkan dirinya lemah.

Firaun yang menganggap dirinya tuhan, tidak beriman kepada Allah dan selalu mencuba mematahkan semangat Nabi Musa untuk berdakwah.

Namun, apa yang Nabi Musa lakukan untuk melalui harinya? Pastinya dengan berdoa. Ada sebuah doa yang Nabi Musa sering amalkan, iaitu;

فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Maksud: “Maka (Nabi Musa pun berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah Al-Qasas, 28:24)

Dalam berdoa sebenarnya kita akan berjumpa kekuatan. Kerana pada waktu itu kita sedang meminta kepada yang Maha Kuasa agar diberi kekuatan hidup.

Sumber: tzkrh.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda