Skip to main content

Advertisement

Berita

Tanggungjawab Yang Wajib Dilunaskan Oleh Si Suami Kepada Si Isteri

tanggungjawab yang wajib dilunaskan oleh si suami beri kepada si isteri

Seorang suami mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga. Dan tanggungjawab yang paling besar untuk seorang suami adalah memberi nafkah kepada isterinya. Nafkah ini bukan sahaja dari segi kewangan tetapi ia pelbagai jenis.

Advertisement

Ini jenis-jenis tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami tunaikan kepada isterinya.

  1. Menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada isteri

tanggungjawab yang wajib dilunaskan oleh si suami beri kepada si isteri

Pada awal perkahwinan, tidak perlu tempat tinggal yang besar atau mewah. Ikut kemampuan si suami untuk menyediakan sebuah rumah bagi pasangan suami isteri supaya dapat memulakan hidup yang baru bersama.

  1. Menyediakan makan minum

Menyediakan makan minum kepada isteri itu pasti termasuklah menyediakan wang kepada isteri untuk berbelanja barang dapur yang berasingan dengan wang saku untuk perbelanjaan peribadi si isteri.

  1. Menyediakan pakaian dan juga perhiasan

tanggungjawab yang wajib dilunaskan oleh si suami beri kepada si isteri

Suami wajib menyediakan pakaian yang serba bersih dan elok untuk isteri mereka. Ramai suami di luar sana yang ingin melihat isteri mereka cantik berhias, oleh itu suami haruslah menyediakan pakaian dan perhiasan yang cantik kepada isteri.

  1. Menyediakan penjagaan perubatan kepada isteri

Sakit dan ajal tidak boleh dijangkakan sebab itu dinasihatkan kepada suami untuk ketepikan wang untuk menampung perubatan bukan sahaja untuk isteri tetapi untuk diri sendiri juga.

  1. Menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk anak-anak

tanggungjawab yang wajib dilunaskan oleh si suami beri kepada si isteri

Sebagai ketua keluarga seorang suami wajib menyediakan kelengkapan dan segala kemudahan yang cukup untuk anak-anak. Penjagaan anak-anak ini harus berlaku adil dan perlu dilakukan oleh kedua ibu bapa bukan sahaja kepada satu pihak sahaja.

Sumber: wedpedia.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda