Skip to main content

Advertisement

Berita

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Terima Jenazah COVID-19 Setiap Hari

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak kian menerima jumlah yang tinggi bagi jenazah pesakit Covid-19.

Menerusi hantaran di akaun Facebook, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), setakat ini hampir 150 jenazah yang dikaitkan dengan Covid-19 dikebumikan di situ sejak Mac tahun lepas.

Advertisement

tanah perkuburan islam raudhatul sakinah terima jenazah covid-19 setiap hari

Gambar kredit: Hazwan Hafiz

Tambahnya, kekerapan menguruskan jenazah Covid-19 kebelakangan ini semakin meningkat di tanah perkuburan di bawah seliaan Jawi tersebut.

“Jika dulu selang dua ke tiga hari sekali, kadangkala seminggu sekali, tetapi kini hampir setiap hari ada pengebumian melibatkan kes Covid-19.

“Jaga diri, jaga keluarga, moga ALLAH SWT melindungi kita semua,” tulis JAWI.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda