Seakan sudah menjadi satu lumrah apabila golongan ibu atau bapa yang suka membandingkan anak masing-masing dengan anak orang lain.

Advertisement
Baik sama ada perbandingan itu secara fizikal atau mental, perbuatan membandingkan anak ini adalah sangat tidak baik kerana ia secara tidak lansung boleh memberi kesan kepada emosi mereka.
Tambah menyedihkan, kadang kala perbandingan yang dibuat menjadi bahan gelak tawa dan ejekan, seperti bentuk fizikal anak sama ada gemuk, kurus, pendek, gigi rongak atau jongang dan lain-lain lagi, menyebabkan mereka mula hilang keyakinan diri.

Ada kes dimana kanak-kanak ini dipanggil dengan nama panggilan yang tidak disukainya, menyebabkan mereka menjadi inferior berbanding rakan sebaya.
Justeru, jenaka, kritikan dan juga perbandingan fizikal seperti ini seharusnya dihentikan agar keyakinan mereka dapat dibentuk seawal usia muda.

Sumber: Public Health Malaysia