Dukacita dimaklum bahawa seorang tokoh ulama Al-Imam al-Allamah al-Muhaddits al-Ushuli al-Mufassir as-Syekh Prof. DR. Nuruddin 'Itr Al-Hasani al-Hanafi telahpun kembali ke rahmatullah semalam pada hari Rabu 23 September 2020 bersamaan 5 Safar 1442 Hijrah.

Advertisement
Beliau dilahirkan di Syria pada tahun 1937 dan telah bergurukan dengan beberapa guru yang terkenal, antaranya ialah Syeikh Muhammad Muhyiddin 'Abd al-Hamid, Syeikh Mustafa Mujahid dan Syeikh Abdullah Sirajuddin.
Berita sedih ini dikongsikan oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pagi ini menerusi akaun Twitter beliau sendiri.
Saya dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama’ dan ahli hadith terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Prof. Dr. Nuruddin ‘Itr. pic.twitter.com/2mGxrFjDAq
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 24, 2020
Saya pernah mendengar beberapa kali mengikuti pengajiannya di kota Syam ketika di Majma’ Ilmi Damsyik. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan ketokohan dalam ilmu hadith. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama para solihin dan ulama’.
— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 24, 2020
Semoga Allah merahmati pemergiannya dan ditempatkan di kalangan para solihin dan ulama. Al-Fatihah.
Sumber: Twitter Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri