Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri Untuk Tahun Ini Diumum MKN

Sambutan penuh sederhana dengan SOP yang ditetapkan.
05 May 2021, 11:17 AM

Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai prosedur operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidilfitiri yang bakal disambut pada 13 Mei ini.

sop sambutan hari raya aidilfitri untuk tahun ini diumum mkn

Berikut merupakan hasil daripada penelitian berkenaan SOP Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini:

1. Takbir raya di masjid atau surau

• Takbir Raya di masjid atau surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Namun, kawasan PKPD tidak dibenarkan.

• Amalan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di semua kawasan.

sop sambutan hari raya aidilfitri untuk tahun ini diumum mkn

2. Solat sunat hari raya di masjid atau surau

• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya dibenarkan dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

• Tidak dibenarkan di kawasan PKPD.

• Jamuan selepas solat hari raya di masjid atau surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.

• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa masjid/ surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

sop sambutan hari raya aidilfitri untuk tahun ini diumum mkn

3. Ziarah hari raya

• Ziarah hari raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Ziarah hari raya bagi PKPB dan PKPP dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Namun, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang dan 25 orang bagi kawasan PKPP pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

• Tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

• Sambutan Hari Raya Aidilfitiri bagi kawasan PKPD hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.

• Penganjuran sebarang majlis atau rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.

4. Ziarah kubur

• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi enam orang bagi satu lot, petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.

• Bagi kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.


Sumber: Majlis Keselamatan Negara

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}