Skip to main content

Advertisement

Berita

Satu Penipuan Tawar Pakej Ibadah Haji 2021 Berjaya Dikesan PDRM

Satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 berjaya dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.

satu penipuan tawar pakej ibadah haji 2021 berjaya dikesan pdrm

Advertisement

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, beliau menegaskan penawaran pakej sedemikian amat meragukan kerana ia ditawarkan dalam tempoh peningkatan kes COVID-19 yang berleluasa.

Tambahnya, kerajaan juga masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan kebenaran ibadah haji, serta kuota yang dibenarkan tahun ini.

satu penipuan tawar pakej ibadah haji 2021 berjaya dikesan pdrm

Tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021 merupakan tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan berhubung kes ini,” katanya.

satu penipuan tawar pakej ibadah haji 2021 berjaya dikesan pdrm

Malah, pesalah boleh disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga berpesan agar lebih berhati-hati dan membuat semakan yang sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan.

“Orang ramai yang berminat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini juga diingatkan, untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak kerajaan, berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Sumber: Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda