Seluruh dunia sedang terancam akibat COVID-19 ketika ini, mujur Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal.
Di Malaysia, pihak agama telah menyeru semua masjid dan surau untuk mengamalkan qunut nazilah bagi menolak bala dan jangkitan penyakit berbahaya ini.
Advertisement
Di Kuwait seruan azan ditukarkan oleh kerana darurat kesihatan yang melanda negara tersebut.
the adhaan today in Kuwait was changed due to the coronavirus.
— ⚡️ (@kiaudn) March 13, 2020
instead of “hayya alas-salah” (come to prayer), the muadhin says “al-salatu fi buyutikum” (pray in your homes). this was done in the time of the Prophet Muhammad (ﷺ) during heavy rain and wind. pic.twitter.com/hhXRnpyPFn
Jika kebiasaannya, kita mendengar laungan azan ‘hayya alassolah’ yang membawa maksud ‘marilah mengerjakan solat’.
Namun berikutan penularan COVID-19, pihak berkuasa telah mengarahkan agar semua masjid ditutup buat sementara waktu dan seruan azan juga ditukarkan kepada ‘assolatu fi buyutikum’ yang bermaksud ‘solatlah kamu di rumah’.
Ini merupakan kali pertama Kuwait mengarahkan supaya masjid ditutup dan juga larangan bagi solat Jumaat.
Untuk perkembangan lebih lanjut tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Twitter